Siapa sangka, puding buih ini mampu menyebabkan lebih 70 orang individu terlantar akibat keracunan makanan.

Daripada siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ianya mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Menurut mangsa, puding tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda tanda telah tercemar. Tetapi kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, muntah dan cirit.

Penjual makanan dalam talian diharap untuk menjaga kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan.

Jangan aniaya pelanggan anda dengan meletakkan kandungan yang tidak bersih, telah tercemar dan telah tamat tempoh.

#JagaPemakanan  #StaySafe