|
Tujuan :
Pemohon membuat permohonan PTPTN untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung pembiayaan pendidikan anaknya yang kini sedang menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.
Aktiviti :
Pemohon dibantu oleh petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk membuat permohonan pinjaman tersebut di dalam sistem PTPTN. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pemohon tersebut dan membantu mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem permohonan tersebut.