Jemapoh Pizza Kayu Api Nilai baru sahaja dibuka di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Ini merupakan cawangan yang ke-3 pada akhhir Januari 2022 dibuka selepas cawangan di Jemapoh dan Semenyih. Kedai ini hanya membuka perniagaan roti pizza sahaja. Antara keunikannya adalah dibakar tanpa menggunakan ketuhar tetapi menggunakan dapur kayu yang tersendiri. Terdapat 3 jenis pizza yang dijual sebagai menu utama. 

Facebook : https://www.facebook.com/Jemapoh-Pizza-Kayu-Api-NILAI-104864865446121 (Jemapoh Pizza Kayu Api NILAI)

Azlinas Kek dan Roti menjual kek dan roti kepada para pembeli untuk meraikan majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan dan majlis sambutan yang lain. Terdapat pelbagai jenis kek dan saiz dijual di kedai tersebut. Pembeli juga boleh menempah kek tersebut dengan mengikut citarasa anda sendiri.

Lokasi : Kg. Kondok Pekan Nilai (Bersebelahan Gerai Ayam Golek Dara, Nilai)

Facebook : https://www.facebook.com/azlinas.kekroti (Azlinas Kek Roti)  

Cakoi Warisan Siti terletak di bersebelahan dengan Keramat Murtabak, Lot 29111, Kg. Baru, Kampung Sungai Mahang, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Kami beroperasi dari jam 12 tgh hari - 5 petang (bergantung kepada kecepatan tepung habis) setiap hari dan cuti pada setiap hari Rabu

Menu Utama
Cakoi (Biasa)+ Kuah Kacang - $2.00 (5 pcs)
Cakoi Cheese - $5.00 (6 pcs / set)

Menu Sampingan
Pau Goreng
i- Kacang Merah - $0.50 / pcs
ii- Pandan - $0.50 / pcs (coming soon)
iii- Kaya - $0.50 / pcs (coming soon)

Untuk CAKOI by COD kami paling minima 25 pcs (cakoi biasa) keatas atau 2 set (cakoi cheese) keatas sekitar kawasan Batang Benar, Tmn Semarak Nilai, Nada Alam, Pajam dan luar dari kawasan akan dikenakan caj penghantaran.

Pada yang walk in / drive thru boleh terus secara langsung dapatkan di gerai kami.

Facebook : https://www.facebook.com/cakoiwarisansiti (Cakoi Warisan Siti)
No. Telefon : 012-692 5435

Cendol BMI 1985 yang terletak bersebelahan Masjid Pekan Nilai, menjual pelbagai jenis cendol kepada para pelanggan yang datang di gerai tersebut. Antara menu cendol yang dijual adalah cendol asli, jagung, durian D24, Kacang merah dan cendol pulut dengan harga yang berpatutan. Selain daripada cendol, terdapat juga menu masakan panas seperti mee, bihun dan maggie goreng turut disediakan. Waktu operasi gerai cendol tersebut adalah setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kecuali pada hari selasa ditutup.

Lokasi : Bersebelahan Masjid Pekan Nilai

Facebook : https://www.facebook.com/bmi1985/ (Cendol BMI Sejak 1985)  

Bengkel motorsikal yang terletak di Kampung Sungai Mahang, Nilai, Negeri Sembilan mula beroperasi pada tahun 2018. Bengkel tersebut adalah milik sepenuhnya usahawan melayu iaitu Encik Faizal Bin Majid. Waktu operasi bengkel tersebut adalah pada hari Isnin sehingga Sabtu bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. Segala kelengkapan barang disediakan di bengkel tersebut dengan harga yang berpatutan.

Facebook : https://www.facebook.com/faizal.majid.3150 (Faizal Majid)