Puan Norliza merupakan seorang usahawan menjual kuih bahulu dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja bersama anak-anak beliau. Dengan kemahiran dan resepi turun-menurun dari keluarga beliau, beliau mengusahakan sendiri kuih bahulu tradisi beliau di sekitar kawasan Nilai, Pajam dan Mantin. Kini beliau juga menjual kuih bahulu tradisionalnya di media sosial dan platform perniagaan digital seperti di shopee.

Link Shopee : https://shopee.com.my/norliza14872 (norlizabahulu)

Bahulu Sabut Arang merupakan kedai yang menjual kuih bahulu secara tradisional. Bahulu tersebut dimasak menggunakan dapur  sabut agar aroma masakkan itu dirasai pada kuih bahulu tersebut. Lokasi kedai tersebut terletak berhadapan Kampung Jerangkang, Labu, Nilai.

Waktu Operasi : 10 Pagi sehingga 10 Malam
Facebook : Bahulu Sabut Labu

Kedai G Day Coconut Shake yang terletak di Kampung Sungai Mahang dan bersebelahan dengan kedai Murtabak Keramat. Kedai beroperasi pada sebelah petang sekitar jam 3.00 petang sehingga 8.00 petang. Harga yang dijual adalah serendah RM 7.00 sahaja. Selain itu, terdapat juga jualan makanan seperti 'waffle' dan jagung manis.

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/EM25ww7kMuPXSJKt5

 

Puan Hajar Kamal merupakan seorsng usahawan yang menjual barang keperluan rumah iaitu produk Bantal Leyna. Beliau merupakan ejen produk Bantal Leyna yang telah berniaga selama 2 tahun di kawasan rumahnya sendiri. Beliau juga menjual produk Bantal Leyna di media sosial seperti facebook dan instagram.

Media Sosial
Facebook : Hajar Kamal
Instagram : Hajar_kamal_bantal_leyna 

Kedai Ayam Goreng Mok 'G yang baru sahaja dibuka sekitar Oktober 2023 yang terletak di bulatan Taman Bukit Inai bersebelahan Dewan Komuniti Batang Benar. Ayam goreng dipilih sebagai menu utama dengan harga RM 1.00 sahaja seketul. Selain itu, terdapat juga menu lain yang dijual seperti jejari kentang (french fries), bebola ikan dan naget serta minuman dengan harga berpatutan.

Lokasi : https://maps.app.goo.gl/t6ncmguVuBKsDSUy9