Langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19
di Institusi Jagaan Warga Emas
-----------------------------------

Tahukah anda, warga emas adalah kumpulan PALING BERISIKO untuk mendapat jangkitan COVID-19. Oleh itu, Amalkan langkah-langkah di bawah untuk melindungi diri anda, keluarga, pekerja dan penghuni institusi dari dijangkiti COVID-19.

#StayAtHome  #StaySafe  #Covid19 

Ramai yang tanya berkenaan rapid test kit dalam pengesahan COVID-19. Ini jawapannya.

Rapid Test Kit Antibodi TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19.

#stayathome  #staysafe  #covid19

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana  boleh merebakkan jangkitan;


2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.


3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar    lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;


4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas  dengan menggunakan larutan campuran kloroks;


5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan


6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk    ke kelas.

Lindungi Keluarga, Kekal Hijau dengan mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.

1.  Patuhi arahan PKP. Duduk Rumah!
2.  Sentiasa lakukan disinfeksi di rumah
3.  Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
4.  Pantau status kesihatan diri dan keluarga
5.  Jika bergejala, dapatkan rawatan segera.

#covid19 #stayathome #staysafe

KLINIK KESIHATAN NILAI

Klinik Kesihatan Nilai terletak di Nilai Square, Nilai berhampiran dengan pusat beli-belah Nilai Square, Bandar baru Nilai. Jarak Klinik Kesihatan Nilai dari Taman Bukit Inai adalah kira-kira 7.9 Kilometer (KM) dan mengambil masa perjalanan selama 13 minit dari Taman Bukit Inai.