Lima tahap jangkitan COVID-19 pada manusia.
88% pesakit di Malaysia berada tahap satu dan dua.
Staging of COVID-19 infection. 88% patients in Malaysia are at stage 1 and 2.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeIdf945487ca8
Semasa PKP ini banyak masa yang diluangakan bersama orang yang tersayang.
Jom kita lakukan aktiviti senaman bersama-sama dengan orang yang tersayang.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeId076fd5cbd8
Wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini sudah semestinya menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Sudah tentu, ada dalam kalangan kita tertanya-tanya sama ada virus ini boleh dijangkiti melalui makanan ataupun tidak?
Untuk pengetahuan semua, tiada bukti yang menyatakan bahawa virus COVID-19 boleh menjangkiti manusia melalui makanan. Sebagai pengguna, tidak perlu untuk kita menekan butang panik sehingga perlu membasuh sayuran dan buah-buahan yang dibeli menggunakan sabun.
Sudah memadai sayuran dan buah-buahan yang dibeli dibasuh menggunakan air bersih yang mengalir dan digosok dengan rapi untuk membersihkannya.
Diingatkan, penggunaan bahan seperti sabun boleh mengakibatkan makanan tersebut tercemar dan akhirnya mendatangkan penyakit lain seperti muntah dan cirit-birit.
Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM
#StayAtHome #StaySafe #Covid19
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeId8e1c29cb0b
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ini, diharapkan orang ramai terus mengikuti 10 tips utama dalam proses penyediaan makanan tidak kira sama ada di rumah mahupun di restoran.
Perlu diingatkan, penyediaan makanan yang baik dapat mengelakkan berlakunya keracunan makanan dalam kalangan masyarakat dan secara tidak langsung dapat memudahkan kerja-kerja anggota perubatan yang lain supaya lebih fokus kepada usaha memerangi virus COVID-19.
Sumber : Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, KKM
#StaySafe #StayAtHome
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeId66671e571a
Ini satu pertalian yang cukup istimewa.
Covid-19 Survivor ( Pesakit Covid 19 yang telah sembuh) kini merupakan antara harapan bagi sesetangah pesakit covid 19 yang masih berjuang.
Memandangkan vaksin dan rawatan khusus bagi virus ini masih belum sedia untuk digunakan, penggunaan plasma darah pesakit covid yang telah sembuh telah digunakan. Plasma adalah salah satu komponan darah yang terdapat dalam darah manusia. 
Plasma ini mengandungi antibodi yang mampu membunuh virus covid 19. Penggunaan plasma ini akan mewujudkan imuniti pasif kepada pesakit covid 19 yang sedang bertarung.
Sehingga kini, terdapat 915 pesakit Covid 19 yang telah sembuh. Pesakit yang bersesuaian untuk mendermakan plasma darah untuk tujuan ini akan dilakukan oleh pihak hospital mengikut kriteria yang bersesuaian.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=10#sigFreeId65967b3788