DATARAN NILAI
Dataran Nilai lebih menampakkan ciri Negeri Sembilan dengan terdirinya Menara Jam dan pembinaan pusat kraftangan yang menonjolkan binaan seperti rumah di Kuala Pilah, Rembau dan Jempol. Dataran Nilai turut menyediakan padang permainan kanak-kanak dan padang bola untuk kegunaan orang ramai. Selain itu terdapat juga bangunan kraftangan, mini amphitheater, pentas,pondok bas dan sebagainya. Dataran Nilai ini menjadi pilihan keluarga pada hujung minggu kerana ia terletak di tengah bandar. Ia juga mungkin boleh dijadikan alternatif kepada warga luar yang mahukan pemandangan baru.
Lokasi
Jarak antara Dataran Nilai dengan Taman Bukit Inai adalah sejauh 8.5 kilometer dan mengambil masa perjalanan 8 minit untuk ke sana.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeIdd547c2dfd3
Sumber:-
Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan
HUTAN LIPUR LENGGENG
Hutan Simpan Lenggeng merupakan kawasan yang sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.
Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 25 minit dari Taman Bukit Inai. Jarak perjalanan Hutan Lipur Lenggeng antara Taman Bukit Inai adalah sejauh 20.5 kilometer.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId921b2fb1e4
Sumber:-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan
MUZIUM NEGERI SEMBILAN
Selari dengan perkembangan pesat bidang permuziuman di negara ini di awal tahun 20-an, beberapa buah muzium yang terdiri dari muzium negeri, institut, jabatan dan organisasi telah ditubuhkan, kesedaran untuk memelihara warisan sejarah merupakan faktor utama penubuhan pelbagai muzium di seluruh negara. Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri diperuntukkan dengan akta-akta dan undang-undang tertentu dan tersendiri. Muzium merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri.
Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.
Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeIda0dc669423
Sumber:-
http://lmns.ns.gov.my/lmns/my/organization/info-lmns/latar-belakang
STAFFIELD GOLF & COUNTRY RESORT
Terletak di Mile 13, jalan negara Seremban-Kuala Lumpur di tengah-tengah kehijauan hijau, Staffield Country Resort hanya berjarak 45 minit pemanduan dari Bandaraya Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Kelab negara ini mempunyai padang golf 27 lubang yang indah, yang direka oleh Graham Marsh dan Ross Watson dari Australia.
Sejak permulaan rasmi pada tahun 1994, permata Golf dari Staffield telah mendapat reputasi yang tidak sempurna kerana menawarkan cabaran yang menarik untuk pemain golf profesional dan amatur. 81 bunker dan tujuh tasik kursus 335 ekar menyediakan latar belakang yang sempurna untuk kursus yang paling mencabar.
Bagi mereka yang menikmati pelbagai sukan, rumah kelab Tudor yang bergaya Staffield mempunyai pelbagai aktiviti rekreasi dan sosial yang luas. Menerusi aficionado rekreasi yang gemar serta seluruh keluarga, rumah kelab ini adalah hotspot dengan kemudahan terkini dan perkhidmatan yang mesra. Gelanggang tenis dan gelanggang skuasy di rumah kelab serta kolam renang dan gimnasium pasti akan memastikan pelanggan resort ini berada di kaki mereka.
Dianggap sebagai tempat tinggal jauh dari rumah, suasana pedesaan yang indah ini menghiasi alam semulajadi dengan landskap dan kolam yang berkembang pesat. Secara keseluruhannya, bagi mereka yang mengenali kami, selalu ada suasana keramaian yang unik yang merupakan Staffield yang unik
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeIdaaac4ca1db
Sumber:-
http://www.berjayaclubs.com/staffield/Home.aspx
PUSAT BELI-BELAH, NILAI 3
Nilai 3 merupakan kawasan pusat beli-belah yang boleh dibeli secara bundle. Bagi para pasangan yang akan mendirikan rumah tangga adalah sangat sesuai membeli barang-barang persiapan perkahwinan di sini. Barang-barang tersebut adalah sangat berpatutan dari segi harganya. Antara barang-barang yang terdapat di situ adalah bunga telur, dulang hantaran, tempahan pelamin, set pengantin, goodies dan pelbagai lagi. Selain itu juga terdapat barangan-barangan perabot dan kelengkapan rumah seperti set meja makan, periuk belanga, karpet dan lain-lain lagi.
Sumber:-
http://www.nilai-3.com/
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId3ad302d5ed
SENTRAL BAZAR, NILAI 3
Sentral Bazar yang terletak berhampiran dengan pusat beli-belah, Nilai 3 merupakan pusat beli-belah yang baru dibuka pada awal Jun 2017 yang menjual barang-barang daripada China. Selain itu, Sentral Bazar merupakan tempat yang sering digunakan untuk sebarang program seperti sambutan tahun baru, hiburan dan sebagainya. Sentral Bazar juga mempunyai keunikan rekabentuk yang tersendiri yang bertemakan alam. Selain daripada menjual barang, Sentral bazar juga mempunyai permainan yang berbentuk Virtual Reality (VR) dan lukisan yang berbentuk 3 Dimensi (3D). Tempat ini juga sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Pada sebelah malam juga terdapat beberapa program kecil yang dijalankan seperti cars booth, food trucks dan sebagainya.
Sumber:-
https://www.facebook.com/SBnilai3/
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId8fdbed990a
JERAM TOI
Air terjun Toi Jeram terletak di celah Seremban dan Kuala Kelawang, kira-kira 40 minit dari Seremban. Ia telah ditemui oleh orang British pada 1895 dan semenjak itu ia telah menjadi satu destinasi popular untuk keluarga tempatan. Ia satu tempat yang sempurna menyembunyikan dari hari cerah panas memandangkan air dari air terjun sangat menyegarkan. Jika anda mahu untuk urut, berdiri betul di bawah kejatuhan dan biar air memukul keletihan kami pergi. Keliling jatuh ialah pokok-pokok subur hijau dengan keperluan asas boleh didapati suka tandas awam, lubang barbeku dan laluan jalan kaki.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId80c53e44ef
PALM MALL, SEREMBAN
Palm Mall ialah pusat membeli-belah yang sangat mengagumkan dan lokasi yang strategik bagi penduduk-penduduk yang berada di sekitarnya. Palm Mall ialah pusat beli-belah yang terbesar di Seremban dengan kawasan yang seluar 450,000 persegi. Terdapat 187 orang penyewa runcit dan kedai-kedai makan. Tarikan utama Palm Mall ialah mempunyai pawagam GSC dengan sejumlah sepuluh buah skrin termasuk tiga buah dewan-dewan pawagam 3D, dan menjadikan pawagam yang terbesar dan paling maju di Seremban. Selain itu, menyediakan kemudahan kawasan tempat letak kenderaan yang bertingkat dalam anggaran 1800 tempat meletak kenderaan untuk para pengunjung.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId6fb426f4e9
PUSAT BELI BELAH MESA MALL, NILAI
Pusat beli belah Mesa Mall merupaka pusat beli belah yang pertama dibangunkan di kawasan Nilai. Terdapat pelbagai jenis kedai yang diwujudkan di situ seperti kedai menjual pakaian, makanan dan minuman, peralatan keperluan rumah, kedai perabot dan sebagainya. Mesa Mall ini juga terletak di lokasi yang strategi iaitu di tengah-tengah Bandar Baru Nilai. Selain itu, terletak di antara laluan lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya KARAK.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId81c7de8d9a
RABBIT FUN LAND, LENGGENG
Rabbit Fun Land, Lenggeng merupakan sebuah tempat yang boleh dikatakan sebagai mini zoo. Tempat tersebut bukan sahaja mempunyai arnab sahaja, tetapi terdapat pelbagai jenis haiwan di sana seperti unta, rusa, kuda, burung unta, ikan, burung merak dan banyak lagi. Yuran kemasukan bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah sama iaitu RM8.00 sahaja manakala kanak-kanak di bawah umur 2 tahun adalah percuma.
Berikut adalah alamat bagi Rabbit Fun Land, Lenggeng :
N34, Kampung Sungai Gunung Machang Ulu, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId0ea25bcec5
KOMPLEKS SUKAN NILAI
Kompleks Sukan Airport adalah salah satu kompleks sukan yang terdapat di Nilai. Mula dibuka pada tahun 2013, Kompleks Sukan Airport menawarkan gelanggang boling dan badminton sebagai tarikan utama. Juga terdapat gymnasium, kelas zumba, pusat hiburan keluarga dan permainan snooker. Turut disediakan bagi yang ingin menjamu selera terdapat beberapa buah restoren seperti The Windmill Station, Al Salam Bistro dan Dream Coffee. Juga terdapat kedai serbaneka 7Eleven dan kedai barangan sukan Keeno Sport Enterprise. Pengunjung tidak perlu risau kerana tempat letak kereta disediakan mencukupi dan percuma.
Lokasi |
: |
Kompleks Sukan Airport terletak di Desa Kolej, Putra Nilai. |
Alamat |
: |
Airport Sport Complex, PT. 22318, Level1,Mezzanine Floor, jalan Desa Kolej, Putra Nilai Negeri Sembilan |
No telefon |
: |
06-799 7195 (Boling) / 0772 (Badminton) / 0666 (Gymnasium) |
: |
Airport Sports Complex | |
Laman web |
: |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId9099907f00
JERAM SUNGAI MAHANG
Kawasan rekreasi ini terletak di Kg. Sungai Mahang, Nilai. Jarak dari simpang Kg. Sungai Mahang ke lokasi tersebut kira-kira 3 km. Ketinggian kawasan air terjun ini adalah 610 kaki dari aras laut. Perjalanan ke lokasi ini melalui kawasan perkampungan orang melayu, kebun getah dan ladang kelapa sawit.Destinasi santai bersama keluarga di kawasan air terjun berhampiran ladang sawit. Walaupun lokasi air terjun ini jauh di pendalaman, tetapi ianya sentiasa menerima kunjungan orang ramai pada hujung minggu dan cuti umum.Banyak aktiviti dapat dilakukan oleh pengunjung apabila berada di lokasi ini. Bukan hanya merehatkan minda atau mandi, tetapi aktiviti perkhemahan juga dilakukan di sini. Suasana persekitaran yang tenang dengan deruman air terjun dan bunyi kicauan burung. Jauh dari kebisingan deruman kenderaan dan pencemaran asap kenderaan
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeIdf91b373d91
TASIK UJANA, NILAI IMPIAN
Tasik Ujana diuruskan oleh Sime Darby Property. Lanskapnya indah berlatarbelakangkan bukit bukau. Tasik ini kelihatan kemas dan dijaga rapi oleh pihak pengurusan. Waktu petang kelihatan ramai ibu bapa yang membawa anak masing-masing di kawasan playground. Tak kurang juga yang berkelah di tasik dan bermain bubble dengan anak-anak. Ramai anak muda di sini yang bermain bola sepak dan berjogging. Saya kagum dengan semangat anak-anak muda menjaga kesihatan dan fitness mereka. Khabarnya orang-orang muda yang ramai di sini adalah pelajar Tamhidi USIM. Kolej mereka berdekatan dengan Tasik. Bagus dik, akak bangga dengan kamu semua! Jangan macam akak ni, umur dah lanjut tapi malas nak bersenam.
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?start=5#sigFreeId4ad6721e20
Halaman 2 dari 2