Alamat : No. 29, Jalan UTL 4,
              Bandar Universiti Teknologi Legenda (BUTL),
              Batu 12,

              71700, Mantin, Negeri Sembilan,
              Malaysia.

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Website : http://www.kolejlegenda.edu.my/

Alamat : Sekolah Kebangsaan Batang Benar
             Jalan Masjid As-Siddiqin, Batang Benar
             71700 Mantin, Negeri Sembilan.

Manipal International University (MIU), adalah sebuah universiti Malaysia yang menawarkan program multidisiplin dengan tumpuan dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Pengurusan & Perniagaan. Kumpulan Pendidikan Manipal bertanggungjawab menghasilkan para graduan yang terserlah di Asia sejak 60 tahun yang lalu. Selain itu, kumpulan mempunyai rangkaian enam kampus dan gabungan dengan 30 universiti di seluruh dunia. MIU juga telah membina kejayaan di Kolej Perubatan Manipal Melaka di Malaysia, Persatuan Pendidikan Manipal membawa kepakaran pelbagai disiplinnya ke Malaysia melalui MIU.

Alamat :
No 1, MIU Boulevard, Putra Nilai, 71800, Negeri Sembilan.

No. Telefon :

06-79892006

 

Alamat : Tabika Kemas Batang Benar 2
             Taman Dahlia, Batang Benar
             71700 Mantin
             Negeri Sembilan.

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. USIM terletak di pusat Bandar Baru Nilai dimana jarak tersebut adalah 11.2KM dari Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk  integrasi ilmu Naqli dan Aqli. 

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi  keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.  Pendekatan yang ditampilkan oleh  USIM,  merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli). 

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman   yang komprehensif serta   menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.

ALAMAT PUSAT PENGAJIAN:

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
Tel : 06-798 8000
Website : www.usim.edu.my