Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. USIM terletak di pusat Bandar Baru Nilai dimana jarak tersebut adalah 11.2KM dari Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk  integrasi ilmu Naqli dan Aqli. 

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi  keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga.  Pendekatan yang ditampilkan oleh  USIM,  merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli). 

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman   yang komprehensif serta   menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.

ALAMAT PUSAT PENGAJIAN:

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan 
Tel : 06-798 8000
Website : www.usim.edu.my