Sekolah Kebangsaan Taman Semarak (SKTS) terletak di Taman Semarak II.  Sekolah ini dibuka pada 17 Januari 2000. Sekolah ini diberi nama sempena nama taman di kawasan ini. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 19 orang guru dan 320 orang murid sahaja. Jumlah kelas pada ketika itu adalah 10 buah sahaja. Kakitangan pejabat terdiri daripada seorang pembantu tadbir dan seorang  pembantu am rendah. Tidak ada pekerja am untuk pengendalian keceriaan kawasan sekolah. Walaubagaimanapun pihak sekolah beruntung kerana mendapat khidmat sukarela daripada 2 orang penjaga murid. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang kebanyakannya bukan penduduk asal tetapi merupakan imigrasi dari negeri-negeri lain yang datang bekerja di kawasan perindustrian, KLIA, kakitangan kerajaan, dan lain-lain.

Sumber : http://sktamansemarak.edu.my/index.php/layout/main-content-only