Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu, usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam norma baharu.
Terdapat peningkatan kes denggi sejak 8 minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu. Sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah meninggal dunia akibat denggi.
Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh 5 tahun, KKM menjangkakan GELOMBANG KEDUA denggi bermula awal Jun hingga September 2020.
Bersama kita laksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan kita setiap minggu.
#StaySafe #KitaMestiMenang #NormaBaharu
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/966-peningkatan-kes-denggi-di-malaysia#sigFreeIde01cc22b0e