Sehingga 23 April 2020 jam 5.00 petang, terdapat 20 KES BARU positif COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 431 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak TUJUH (7) KES.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 142 KES positif COVID-19 adalah dari Kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling, 53 KES adalah dari Kluster Rembau dan Kluster Sendayan sebanyak 79 KES dengan SATU (1) KEMATIAN.
#StayAtHome #StaySafe #BreakTheChain
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/679-jumlah-kes-covid-19-di-negeri-sembilan-sehingga-23-04-2020#sigFreeId1dd92f4f6c