Sehingga 17 April 2020 jam 5.00 Petang, sebanyak 13 KES BARU POSITIF COVID-19 telah dilaporkan ke CPRC, JKN Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan jumlah kes COVID-19 adalah sebanyak 402 KES.
Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Negeri Sembilan kekal sebanyak 7 KES.
Daripada jumlah keseluruhan kes, sebanyak 137 KES POSITIF COVID-19 adalah merupakan kluster Ijtimak Tabligh di Seri Petaling.
Bagi Program Pengurangan Risiko Daerah, bermula 4 hingga 17 April 2020, Seremban mencatatkan 155 kes (kekal ZON MERAH), manakala Rembau mencatatkan 12 kes (kekal ZON KUNING). Daerah lain kekal ZON KUNING.
#StayAtHome #StaySafe #BreakTheChain
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/647-covid-19-jumlah-kes-covid-19-di-negeri-sembilan-pada-17-04-2020#sigFreeId24265701ad