Seperti diketahui umum, isu berkaitan kekurangan PPE adalah isu global di mana hampir semua negara terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan penggunaan PPE telah meningkat secara amat mendadak. Isu ini sememangnya rumit, namun diperhatikan bahawa setakat ini di KKM, isu utama adalah berkaitan distribusi dan mobilisasi stok ke fasiliti yang menghadapi kekurangan PPE, serta pola penggunaan PPE oleh petugas kesihatan. Sumbangan PPE oleh pelbagai pihak sememangnya membantu dan jutaan terima kasih diucapkan.
Bagi memantau rapat paras stok dan kadar penggunaan bagi setiap jenis PPE di setiap negeri, KKM telah menggunakan sistem database mudah yang dikendalikan oleh Pegawai di setiap Jabatan Kesihatan Negeri, hospital-hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (termasuk semua Klinik Kesihatan di bawah masing-masing PKD) di mana pelaporan harian adalah dibuat secara atas talian. Laporan ini dipantau rapat di peringkat Ibu Pejabat KKM dan tindakan mobilisasi stok akan dibuat terus sekiranya didapati terdapat stok yang berkurangan bagi mana-mana fasiliti KKM.
Sebagai langkah memantapkan lagi pelaporan ini, KKM memohon sesiapa sahaja (termasuk kakitangan) yang mempunyai maklumat kekurangan PPE di mana-mana fasiliti KKM (jabatan/klinik/hospital/PKD KKM), bolehlah membantu KKM dengan mengemukakan maklumat terus kepada Pegawai yang dikenal pasti di peringkat Negeri untuk semakan segera dan tindakan mobilisasi mengikut keperluan dan prioriti. Senarai nama, nombor telefon dan email pegawai bagi setiap negeri adalah dilampirkan.
KKM juga menyeru penggunaan PPE secara cermat dan berhemah oleh semua kakitangan KKM. Perjuangan ini masih panjang. Andalah aset utama Negara dalam menghadapi penularan COVID-19 ini dan KKM amatlah prihatin dengan kesejahteraan anda.
#StayAtHome #StaySafe
http://tamanbukitinai.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/603-covid-19-peningkatan-penggunaan-pakaian-ppe-oleh-petugas-kesihatan#sigFreeId9f40461efc