PRODUK KESIHATAN 'PRETTY CANDID'

Nama : Puan Nor Asiah Bt Mat

Umur : 30 tahun

Ahli   :  Feb 2017


Latar Belakang :

Puan Nor Asiah Mat merupakan seorang usahawan produk kesihatan dan merupakan pengasas kepada produk kesihatan iaitu Prettycandid. Operasi perniagaan beliau di Dataran Dwi Tasik Bandar Sri Permaisuri dan sehingga kini beliau ingin melebarkan penjualan produknya ke seluruh negeri. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan bandar. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas PI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Nor Asiah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 8 jam  dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh penceramah terlatih dari MDeC daripada Encik Wan di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan produk beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk kesihatan beliau di luar kawasan Kuala Lumpur seperti negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar :