KAFE SERI INAI, NILAI

Nama : Puan Puziah Bt Shahudin

Umur : 41 tahun

Ahli   :  Oktober 2017


Latar Belakang :

Puan Puziah merupakan isteri kepada Tuan Haji Mohd Salleh bin Othman iaitu Pengerusi JKKK Kampung Batang Benar dan juga pengusaha restoran Sri Inai Cafe di Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan.  Beliau telah hampir 10 tahun mengusahakan restoran Sri Inai Cafe ini dan mengusahakan bersama suaminya Haji Salleh. Puan Puziah mengusahakan restoran ini yang rata-ratanya pelanggannya penduduk di sekitar Taman Bukit Inai dan warga kerja di perindustrian kilang di NIlai. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke restoran beliau dan mempelbagaikan lagi menu makanan di kedai beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Puziah  membuat promosi kedainya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Hal ini kerana suami kepada Puan Puziah merupakan Pengerusi JKKK kampung Batang Benar dan beliau senang untuk berurusan dengan penduduk tempatan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai restoran Sri Inai Cafe ini. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Sri Inai Cafe di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau .Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.

Lampiran Gambar :