MICROSOFT OFFICE & MEDIA SOSIAL

Nama : Siti Nur Alia Ewizurina Bt Shabari

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016 


Latar Belakang :

Siti Alia merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Batang Benar (SKBB) yang merupakan bakal calon UPSR pada tahun ini. Beliau rajin membut ulangkaji dan latihan di rumah namun pembelajaran beliau sangat terhad kerana tidak mempunyai nota-nota tambahan sebagai rujukan pembelajarannya.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Saya sangat gemar bermain komputer kerana itu adalah hobi saya. Namun di rumah saya tidak ada komputer dan tidak ada capaian internet di rumah. Saya hanya dapat menggunakan komputer hanya pada waktu persekolahan sahaja iaitu di makmal komputer sekolah. Selain itu, saya juga tidak mahir dalam ilmu-ilmu komputer. Saya juga tidak mahir dalam menggunakan perisian-perisian yang ada pada komputer seperti microsoft office word  dan  microsoft office power point.

2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :

Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa terdapat Pusat Internet yang telah dibangunkan dan berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya juga telah dimaklumkan oleh rakan-rakan saya bahawa di situ ada menyediakan komputer dan internet untuk kemudahan komuniti setempat. Saya bertambah gembira lagi apabila PI tersebut menyediakan kelas latihan komputer dan beberapa perkhidmatan yang lain seperti mencetak, fotokopi dan laminate. Saya telah menyertai beberapa kelas yang telah dijadualkan oleh petugas PI dan kelas tersebut sangat membantu dan menjadikan saya lebih mahir dalam menggunakan komputer.

Lampiran Gambar :