PERKHIDMATAN PENCETAKAN 3D (ANABIZ SDN BHD)

Nama : En. Mohd Lizam B. Mohd Ali

Umur : 39 tahun

Ahli   :  Oktober 2016 


Latar Belakang :

En. Mohd Lizam B. Mohd Ali berusia 39 tahun merupakan seorang pereka bentuk mekanikal dan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan printer 3D. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini sejak 4 tahun lepas dan banyak berurusan dengan pereka bentuk 3D di sekitar kawasan Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah menubuhkan satu syarikat di bawah nama Anabiz Maju Enterprise sebuah syarikat perkhidmatan yang menguruskan jual beli barangan 3D printer. Perniagaan beliau usahakan mempunyai masalah dalam mempromosikan perkhidmatan dan perniagaannya kerana bidang printer 3D memerlukan kos yang tinggi serta menggunakan peralatan yang canggih. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari internatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En. Lizam seorang yang mahir terhadap penggunan komputer dan cuma beliau tidak mengetahui fungsi peranan PI ini dapat membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan dari segi pengiklanan dan promosi.  Beliau membuat promosi menggunakan laman web Mudah.my, laman Facebook dan kepada kenalan beliau sahaja. Kebanyakkan pelanggannya adalah dari ahli perniagaan berbentuk cetakan dan pengiklanan di sekitar Nilai, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor. Pendapatan beliau bergantung jualan produk printer 3D yang dijual kepada pelanggannya. Tahap penggunaan ICT beliau yang mahir dan ingin belajar menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan printer 3D lebih meluas dengan pendekatan menghasilkan satu blog khas bagi memberi maklumat lengkap kepada pelanggannya. Pelanggan lebih mudah berurusan dengan dapat melihat dan memilih peralatan printer 3D serta boleh menghubungi En. Lizam secara atas talian mahupun media sosial. Pelanggan turut boleh mengunjungi laman blognya di http://anabizmajuenterprise.weebly.com/ serta boleh mengunjungi laman Mudah.my di http://m.mudah.my/view?ad_id=51328242Dengan hasil pembelajaran yang didapati, beliau kini dapat memasarkan produk beliau di luar kawasan dan dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. 

Lampiran Gambar :