Tarikh      :  17 Februari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa dan Usahawan


Tujuan :

Tujuan Program Mini Keusahawanan ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang dan ruang idea kepada para pengunjung dan para usahawan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan ke arah penggunaan secara digital.

Aktiviti :

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya adalah :

1. Sesi Taklimat dan Promosi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang disampaikan oleh pengurus PEDi.

2. Sesi Taklimat dan Pembukaan Kaunter oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah SEREMBAN.

3. Sesi Taklimat Keusahawanan bersama Rakan Digital PEDi berkenaan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

4. Sesi Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Scammer.

5. Pertandingan Kecerdasan Buatan (AI) Kreatif oleh para usahawan dengan mengikut tema yang diberi.

6. Demonstrasi penghasilan set 'gift box' untuk menjana idea oleh para usahawan yang baru untuk memulakan perniagaan.