Global Institute of Studies mula ditubuhkan pada 2001. Menawarkan 3 peringkat pembelajaran iaitu diperingkat diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang perakaunan, automotif, pengurusan perniagaan, seni kulinari, hotel & pelancongan, kejuruteraan, perkilangan, pendidikan awal kanak-kanak, penyediaan makanan dan kesetiausahaan. GIS turut menyediakan kursus jangka pendek seperti sijil bahasa Inggeris, pengurusan projek dan International English Language Testing System (IELTS) iaitu sistem ujian standard antarabangsa. Semua sijil dan diploma diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia dan Skills Malaysia. Bagi pelajar yang layak boleh memohon pembiayaan pengajian dari Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Tabung Pembangunan Kemahiran. Pelajar juga digalakkan menyertai aktiviti kelab untuk mengilap bakat semulajadi mereka seperti kelab usahawan, kelab seni, kelab bola sepak, kelab badminton dan kelab Bahasa Inggeris.

Lokasi  

:

Global Institute of Studies terletak di Putra Point, Putra Nilai masa 10 minit sahaja dan jika datang dari Seremban hanya 40 minit perjalanan manakala dari KLIA hanya
Alamat 

:

Global Institute Of Studies (GIS College), Complex 1, 7465 - 7450, Putra Point, Jalan BBN 1/1A, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

No Telefon

:

06-850 0688
Facebook

:

   -

Laman Web

:

www.gis.edu.my

 

Sumber Rujukan : http://www.mpn.gov.my/ms/pelawat/global-institute-studies