Universiti Nilai diwujudkan pada tahun 1997 yang dikenali sebagai Kolej Nilai pada tahun tersebut. Seterusnya, pada tahun 2007 telah dinaiktaraf menjadi Kolej Universiti Nilai sehinggalah pada tahun 2012, kolej tersebut telah menjadi sebagai Universiti Nilai secara rasminya. Universiti Nilai juga telah menerima pengesahan pertauliahan daripada pihak Agensi Kualiti Malaysia (MQA) pada tahun 2011 dengan taraf lima bintang.

Universiti tersebut mempunyai 5 fakulti dengan mempunyai 11 buah jabatan. Antara fakulti tersebut adalah Bisnes, Kejuruteraan, Hospitaliti dan Pelancongan, Sains Kemanusiaan dan Sains Teknologi. Nilai Universiti telah menawarkan pelbagai program pengajian seperti 2 Pensijilan, 16 Diploma, 3 Diploma Sambungan, 22 Ijazah Sarjana Muda, 6 Sarjana Muda dan 1 PhD.

Alamat :
Nilai University (DU032(N))
No 1, Persiaran Universiti, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

Sumber Rujukan : http://www.nilai.edu.my/overview