Tarikh      :  23 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran kepada semua peserta yang sering menggunakan platform digital pembelian secara atas talian tentang risiko membeli-belah di dalam talian. Para peserta juga dapat mengenali jenis radas makmal dan fungsinya.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas PEDi berkenaan risiko membeli-belah dalam talian. Para peserta diberi pengetahuan tentang jenis-jenis radas yang terdapat di makmal sains. Setiap peserta juga diuji dengan latihan berkenaan tajuk pembelajaran tersebut melalui kuiz di 'wordwall'.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  16 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran terhadap para peserta tentang risiko permainan dalam talian. Selain itu, melatih tahap kreativiti para peserta dalam mereka bentuk bangunan impian menggunakan aplikasi permainan di atas talian.

Aktiviti :

Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ilmu oleh petugas PEDi tentang risiko-risiko yang terdapat pada permainan dalam talian. Seterusnya, para peserta di ajar mengenai pengenalan bidang kejuruteraan. Setelah itu, setiap para peserta diuji kemahiran dan kreativiti mereka dalam merekacipta bangunan impian yang mereka mahukan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  10 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran diri terhadap bahayanya jenayah siber terhadap individu. Selain itu, para peserta dapat menimba pengetahuan tentang penjagaan pemakanan sihat.

Aktiviti :

Para peserta diberi pendedahan dan pengetahuan ilmu tentang jenayah siber yang terdapat di alam maya terutamanya di media sosial. Para peserta juga di ajar tentang pengenalan pemakanan sihat serta mengenali piramid makanan secara sihat. Para peserta juga diuji dengan latihan kuiz secara atas talian oleh petugas PEDi sebagai pemahaman mereka di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  11 Disember 2023

Masa       :  Jam 2.30 Petang- 4.30 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan untuk berurusan kepada para peserta untuk menggunakan aplikasi tersebut secara digital dan lebih selamat. 

Aktiviti :

Para peserta dibantu dan diajar tentang langkah-langkah untuk mengemaskini nombor telefon baharu di aplikasi shopee seperti mana kaedah panduan yang telah diberikan oleh pihak shopee. Selain itu, peserta juga diajar untuk membuat pendaftaran aplikasi MyJPJ untuk mengemaskini cukai jalan secara digital.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  09 Disember 2023

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang keselamatan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dalam kalangan para peserta.

Aktiviti :

Para peserta mengikuti kelas advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai pengetahuan tentang keselamatan komputer. Selain itu, para peserta dilatih asas menaip sebagai meningkatkan kemahiran menaip supaya lebih mahir dan pantas. 

Lampiran Gambar Aktiviti