Berkongsi secara berlebihan atau dikenali sebagai 'oversharing' merupakan satu tabiat yang suka berkongsi atau mengepos terlalu banyak informasi atau maklumat peribadi terlalu kerap di media sosial. Oleh yang sedemikian, ramai orang yang tidak dikenali dan bukan daripada kalangan rakan di media sosial dapat melihat segala maklumat peribadi yang dikongsikan.