Pembulian siber adalah perkara-perkara bertulis atau dalam bentuk gambar yang dipaparkan di alam siber bagi tujuan menghina atau memperlekehkan orang lain. Ia dihantar melalui e-mel, laman sembang (chat), laman sesawang dan apa jua aplikasi (apps) komunikasi online yang lain. Oleh itu, jauhilah diri anda dari melakukan perkara yang boleh melukakan hati orang lain. Pembuli siber memang tidak cool langsung! Hanya orang yang tidak bertanggungjawab sahaja akan bertindak sebagai pembuli.