Perhatian buat semua PEREKA GRAFIK di seluruh Malaysia!
Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016. Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016.
Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Juga terdapat hadiah mingguan bagi setiap tajuk :D
Anda boleh pilih tajuk tema poster dan hantar karya anda pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut;
-
TEMA 1: SABAR SEBELUM SEBAR
Perkongsian Maklumat Palsu
(1 Sept – 15 Sept)
TEMA 2: MANA ADAB?
Penggunaan Berhemah
(16 Sept – 30 Sept)
TEMA 3: SYURGA EKSPRESS?
Extremism
(1 Okt – 15 Okt)
TEMA 4: PERMATA HATIKU
Pelindungan Kanak-Kanak di Atas Talian
(16 Okt – 30 Okt)
TEMA 5: ANTARA PAHALA DAN DOSA
Perkongsian Maklumat
(31 Okt – 14 Nov)
TEMA 6: MENJAUHKAN YANG DEKAT
Ketagihan Internet
(15 Nov – 29 Nov)
-
SHARE dan TAG rakan-rakan anda yang kreatif untuk turut serta!
Terdapat juga kategori peringkat sekolah, jadi sila TAG facebook sekolah anda atau terus tag Guru Besar anda haha..
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, layari www.dakwahdigitalkdb.my

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia .

PERHATIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah menganjurkan  ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja KEBANGSAAN 2015-2020.

Untuk borang penyertaan dan syarat pertandingan, anda boleh layari 

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php